mcmc
Laporan Aktiviti

Program Keusahawanan : Advokasi & Lawatan

 Tarikh : 04 April 2019 

 Tempat : Pusat Sumber KEMAS & Adibah Alimi Enterprise 

 Peserta : 30 Orang

 

Tujuan

Membawa peserta/ahli Pusat Internet dari GIATMARA Muadzam Shah mendekati usahawan kerepek bawang di samping menambah pengetahuan dari perkongsian ilmu dan pengalaman usahawan kepada peserta. Selain itu, peserta diberi pendedahan secara langsung berkaitan perihal keusahawanan IKS. Peserta juga diberi tunjuk ajar bermula dari permulaan pembuatan produk sehingga kaedah pembungkusan, pemasaran dan kaedah meletak harga.

Program ini merupakan kerjasama Pusat Internet Malaysia dengan Pusat Sumber KEMAS Muadzam Shah yang mempunyai matlamat yang sama iaitu menaiktaraf dalam skop ekonomi masyarakat setempat.

Pusat Internet mengambil peluang ini memperkenalkan Pusat Internet Malaysia sebagai tempat kemudahan komuniti tempatan mendapatkan perkhidmatan internet percuma di samping menjelaskan fungsi, kepentingan dan kebaikan pusat internet lebih-lebih lagi kepada komuniti setempat dan seterusnya menarik minat peserta untuk bersama-sama turut serta dalam aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.

Menarik minat peserta akan bidang keusahawanan dan memberi pendedahan kepentingan serta kelebihan internet pada bakat dan kemahiran yang ada dalam bidang ini.

Aktiviti

Advokasi, promosi dan khidmat pemeriksaan kesihatan (Myhealth : Dashboard Komuniti).

Sesi soal jawab dan perkongsian ilmu bersama pengusaha Puan Jamiah Binti Rasul [Adibah Alimi Enterprise].

Penyampaian cenderahati dan jamuan.

Gambar di sini