mcmc
Laporan Aktiviti

Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet 2019

 Tarikh : 19hb Januari 2019 

 Tempat : P.I.M Bandar Muadzam Shah 

 Peserta : Pelbagai kategori (200 peserta) 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh lebih 200 orang peserta. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan fizikal dan mental serta turut menjalankan aktiviti pemeriksaan kesihatan kepada komuniti. Di samping itu, program ini memberi peluang kepada komuniti mengetahui info terkini Pusat Internet dan seterusnya membuka peluang kepada komuniti untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan berjadual di Pusat Internet selepas ini. Program ini bukan sahaja mempromosikan kemudahan yang sedia ada di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bahkan dapat mengeratkan silaturrahim di antara Pusat Internet Malaysia, agensi terlibat dan komuniti.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program adalah senamrobik, sukaneka komuniti, taklimat & advokasi kesihatan, taklimat & advokasi Pusat Internet, pemeriksaan kesihatan, pameran, kuiz kesihatan, pertandingan masakan sihat, demontrasi pertolongan cemas, demo masakan sihat, artikel kesihatan, dan lain-lain. Agensi yang terlibat dengan program ini antaranya Hospital Muadzam Shah, Klinik Kesihatan Muadzam Shah, Unit Promosi & Pendidikan Pej. Kesihatan Daerah Rompin, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Muadzam Shah, KEMAS Muadzam Shah, ILP, GIATMARA, Politeknik dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) . Program ini dilancarkan oleh En Mazhisham Bin Mazlan selaku Pengerusi MPKK Muadzam Shah.

Gambar di sini