Tarikh : 21 Julai 2018 Tempat : P.I.M Bandar Muadzam Shah Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Memperkenalkan Pusat Internet Malaysia sebagai tempat kemudahan komuniti tempatan mendapatkan perkhidmatan internet percuma di samping menjelaskan fungsi, kepentingan dan kebaikan pusat internet lebih-lebih lagi kepada pelajar dan seterusnya menarik minat peserta untuk bersama-sama turut serta dalam aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
Memberi pembelajaran Matematik dan ICT agar generasi anak-anak mudah memahami subjek tersebut yang dilihat penting dalam kehidupan. Selain itu memberi peluang kepada mereka mengenali ICT disamping memberi pendedahan terhadap teknologi tersebut.
Aktiviti
Pengajaran & pembelajaran dan sesi soal jawab.