Tarikh : 31 Julai 2018 Tempat : Kompleks Gerontologi Nurhidayah M/Shah Peserta : Ahli PAWE & sukarelawan |
Tujuan
Pusat Internet Malaysia hadir bagi menyertai aktiviti komuniti mengenali warga emas kawasan Muadzam Shah seterusnya mengambil peluang memperkenalkan PIM.
PAWE diwujudkan adalah bertujuan menjadikan tempat bagi semua warga emas menjalankan aktiviti harian komuniti seterusnya memberi kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas. Selain itu, objektif persatuan antaranya adalah menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak bagi membantu dalam usaha meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif.
Aktiviti
Suai kenal semua yang hadir pada hari berkenaan
Lain-lain aktiviti ;- ceramah kesihatan, kelas keagamaan, rekreasi, terapi dan pemulihan dan latihan/kursus bersesuaian dengan warga emas.