KKM ingin menyeru orang ramai supaya tidak leka dan terus memakai pelitup muka dengan betul kerana virus SARS-CoV-2 ini amat mudah merebak melalui titisan cecair atau titisan saluran pernafasan.
Saling menegur secara berhemah sekiranya terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka atau memakainya dengan tidak betul. Lakukan amalan solidariti ini bagi kebaikan bersama.