mcmc
Laporan Aktiviti

Lawatan Belajar Tabika KEMAS Muadzam Shah Sesi I

 Tarikh : 01 Ogos 2018 

 Tempat : P.I.M Bandar Muadzam Shah 

 Peserta : Murid Tabika KEMAS (4 & 5 tahun)

 

Tujuan

Memperkenalkan Pusat Internet Malaysia sebagai tempat kemudahan komuniti tempatan mendapatkan perkhidmatan internet percuma di samping menjelaskan fungsi, kepentingan dan kebaikan pusat internet lebih-lebih lagi kepada pelajar dan seterusnya menarik minat peserta untuk bersama-sama turut serta dalam aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.

Memberi pendedahan mengenai teknologi komputer serta membuka peluang belajar di Pusat Internet Malaysia.

Aktiviti

Pembelajaran dengan taklimat asas pengenalan komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus dan lain-lain. Murid-murid diberi peluang mencuba menaip huruf dan nombor yang diberi dengan tunjuk ajar dari pihak pengurusan. Selain itu, pihak pengurusan menyediakan aktiviti e-mewarna bagi menarik minat mereka secara tidak langsung meningkatkan kemahiran murid-murid dengan penggunaan komputer. 

Gambar di sini