mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan – Usahawan Makeup Artis

wan

USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN & MAKEUP ARTIS

 Nama : Wan Nur Hayati Bt Wan Mohd Makhtar

 Umur : 33 tahun

 Ahli : 2016

 

Latar belakang

Pn Wan Nur Hayati Bt Wan Mohd Makhtar. Beliau tinggal di Muadzam Shah seterusnya telah menawarkan servis makeup artis & Bridal di kawasan Bandar Muadzam Shah. Perkhidmatan yang di tawarkan hasil daripada pembelajaran beliau dalam bidang ini selama bertahun-tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau tidak mahir penggunaan komputer dan tidak faham kaedah berkesan dalam mempromosi produk. Beliau hanya menggunakan kaedah kemaskini kewangan secara manual sahaja, iaitu menggunakan buku lejar akaun.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kaedah pembelajaran di Pusat Internet lebih mudah diterimanya kerana untuk bahagian kewangan beliau kini sudah mula menggunakan Microsoft Excel serta online banking. Di samping itu juga, beliau kini semakin mahir dalam mencipta iklan lebih menarik melalui medium internet. Kelas di Pusat Internet Malaysia amat memberi manfaat padanya kerana telah memudahkan beliau dalam pekerjaan seharian.

 

     wan 2