USAHAWAN MUDA DESSERT SANDWICH
Nama : Nur Alya Afiqah Binti Samsuri Umur : 18 Tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Nur Alya berumur 18 tahun, merupakan pelatih Giat Mara Muadzam Shah dalam kursus jahitan pakaian dan berminat dalam berniaga. Mempunyai kemahiran dalam masakan menjadikan beliau mencuba untuk berniaga desert untuk majlis ringkas secara kecil-kecilan dan boleh menambah pendapatannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum melibatkan diri dalam kursus latihan di PI, beliau tidak berani menggunakan komputer kerana khuatir komputer akan rosak kerana salah tekan dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/peng;libatan Pusat Internet
Beliau menghadiri kursus di PI Muadzam Shah selama lapan hari menjadikan beliau celik akan dunia komputer dan keusahawanan ekoran dari nasihat tenaga pengajar berkenaan keusahawanan iaitu kita boleh berniaga walaupun tanpa idea dan produk disusuli dengan minat.
Beliau mengambil peluang berada di PI dengan meminta cadangan dari pengurus di sana bagaimana beliau boleh meluaskan promosinya agar dapat mewarkan penerimaan tempahan sama ada secara langsung mahu pun atas talian. Kaedah aplikasi myshop di Dashboard PI membantu beliau dalam mempromosikannya sekaligus menambah pendapatannya sekeluarga.
Beliau yang mula menjadi ahli pada 2018 mengambil peluang dengan sebaiknya mengikuti kelas/latihan yang disediakan dengan dibantu oleh petugas PI di sana seperti attachment produk, promosi dan sebagainya. Kini beliau besyukur kerana selain dapat berniaga beliau juga dapat menimba pengalaman dengan mengenali seluruh komuniti sekitar Muadzam Shah.