USAHAWAN KHIDMAT URUTAN, KRAFTANGAN DAN ANEKA KUIH
Nama : Asnita Binti Othman Umur : 41 Tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
Seorang usahawan bernama Asnita Binti Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Nita menetap di Desa Cempaka, Muadzam Shah memilih untuk tidak bekerja makan gaji dan berkehendak akan perniagaan kerana amat percaya akan rezeki yang ada dalam dunia perniagaan. Selain amat menguntungkan ianya dijadikan hobi buat dirinya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum melibatkan diri dengan kursus sedia ada di PI, Kak Nita tidak arif dalam dokumentasi termasuklah rancangan perniagaan dan surat-surat rasmi. Selain itu, beliau kurang idea dalam meluaskan promosi produk yang dimiliki. Beliau juga tidak arif dalam menggunakan komputer lebih-lebih lagi MS Office Excel dan E-perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas mengambil kelas dan bantuan dari PI dengan penggunaan ICT menjadikan beliau lebih bersemangat untuk maju dalam bidang ini apatah lagi khidmat di PI adalah secara percuma ditambah lagi dengan penggunaan internet di sini amat menjimatkan kos bahkan anak-anak amat berminat dan gembira berkunjung di PI selain mengisi masa lapang ianya dapat menambah ilmu dan kemahiran komputer kepada lebih baik. Beliau amat berterima kasih kepada Pusat Internet Bandar Muadzam Shah kerana membantunya tanpa jemu.