mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK ICT Q4 2017 – Cik Nurshafilah Binti Suhaimi

fillah1

BELAJAR MICROSOFT OFFICE DAN INTERNET

 Nama : Nurshafilah Binti Suhaimi 

 Umur : 18 Tahun

 Ahli : 2017

 

Latar belakang

Seorang belia bernama Nurshafilah Binti Suhaimi menetap di Desa Mawar, Muadzam Shah. Beliau akan menyambung pengajian ke IPT pada masa terdekat gigih mempelajari komputer bagi memajukan dirinya agar celik IT memandangkan dunia sekarang amat memerlukan penggunaan teknologi perkomputeran. Memandangkan beliau tinggal hampir dengan PI memberi peluang kepadanya untuk datang setiap hari mempelajari asas komputer berikutan sebelum ini hanya pandai menggunakan komputer secara tidak langsung. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Seorang yang kurang keyakinan diri terhadap teknologi komputer dan mengetahui penggunaannya secara tidak langsung atas sebab kerja-kerja kursus semasa sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah diberi kursus asas di PI beliau dilihat menunjukkan minat dan semakin maju dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di PI. Belia kini sudah boleh membuat kerja kursus mengikut format yang ditetapkan dengan kaedah yang betul. Kerja yang dilakukan lebih pentas, kemas dan teratur. Beliau amat berharap ianya membantu ketika berada di IPT nanti. Beliau juga amat berterima kasih kepada pengurusan PI yang tidak jemu mengajar belia sepertinya.

 

           fillah2      fillah3