USAHAWAN PRODUK MAKANAN TAMBAHAN KESIHATAN
Nama : Saloma binti Sulaiman Umur : 36 tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Puan Saloma binti Sulaiman merupakan seorang suri rumah. Menetap di Ladang Kota Bahagia, Muadzam Shah merupakan seorang suri rumah yang gigih dalam mencari pendapatan dengan kaedah berniaga di atas talian dan menjual produk makanan tambahan Muadzam Shah
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum melibatkan diri dengan kursus sedia ada di PIK Puan Saloma tidak arif dalam internet termasuklah rancangan perniagaan dan flyers. Selain itu, beliau kurang idea dalam meluaskan promosi produk yang dimiliki. Beliau juga tidak arif dalam menggunakan ‘online banking’ dan Apps Shopee.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Menggunakan kaedah promosi melalui internet di PIK melalui aplikasi myshop di Dashboard PIK & Shopee, sekaligus memberi peluang kepada beliau untuk memasarkan produk beliau dalam talian tanpa ragu-ragu. Beliau juga tidak menyangka selang beberapa hari sahaja produk beliau mendapat sambutan. Selain dapat menambah kaedah promosi, beliau kini lebih arif dalam menghasilkan iklan, flyers serta bahan promosi lain. Pembelajaran dokumentasi juga turut dipelajari di PIK bagi memudahkan beliau mengetahui kaedah penghasilan surat rasmi dan sebagainya.
Beliau juga arif akan penggunaan online banking yang memudahkan aktiviti pembayaran jual beli produknya disamping menjimatkan masa beliau.