USAHAWAN PRODUK MAKANAN TAMBAHAN DAN COKLAT
Nama : Kamsina Binti Mohd Shaharuddin Umur : 36 tahun Ahli : 2020 |
Latar belakang
Puan Kamsina Binti Mohd Shaharuddin merupakan seorang suri rumah. Menetap di Keratong, Muadzam Shah merupakan seorang suri rumah yang gigih dalam mencari pendapatan dengan kaedah berniaga di atas talian dan menjual produk makanan tambahan dan coklat viral sekitar Muadzam Shah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum melibatkan diri dengan kursus sedia ada di PI Puan kamsina tidak arif dalam internet termasuklah rancangan perniagaan dan flyers. Selain itu, beliau kurang idea dalam meluaskan promosi produk yang dimiliki. Beliau juga tidak arif dalam menggunakan ‘online banking’ dan Apps Shopee.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Menggunakan kaedah promosi melalui internet di PI melalui aplikasi myshop di Dashboard PI & Shopee, sekaligus memberi peluang kepada beliau untuk memasarkan produk beliau dalam talian tanpa ragu-ragu. Beliau juga tidak menyangka selang beberapa hari sahaja produk beliau mendapat sambutan. Selain dapat menambah kaedah promosi, beliau kini lebih arif dalam menghasilkan iklan, flyers serta bahan promosi lain. Pembelajaran dokumentasi juga turut dipelajari di PI bagi memudahkan beliau mengetahui kaedah penghasilan surat rasmi dan sebagainya.
Beliau juga arif akan penggunaan online banking yang memudahkan aktiviti pembayaran jual beli produknya disamping menjimatkan masa beliau.