USAHAWAN BENGKEL KERETA
Nama : Rohazilawati Binti Abdul Jalil Umur : 41 tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Pn Rohazilawati Binti Abd Jalil berumur 41 tahun. Beliau tinggal di Muadzam Shah seterusnya telah membuka perniagaan bengkel kereta di kawasan Bandar Muadzam Shah. Perniagaan yang beliau jalani adalah usahasama dengan suaminya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini beliau tidak mahir penggunaan komputer dan tidak faham kaedah berkesan dalam mempromosi produk. Beliau hanya menggunakan kaedah kemaskini kewangan secara manual sahaja, iaitu menggunakan buku lejar akaun.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kaedah pembelajaran di Pusat Internet lebih mudah diterimanya kerana untuk bahagian kewangan beliau kini sudah mula menggunakan Microsoft Excel serta online banking. Di samping itu juga, beliau kini semakin mahir dalam mencipta iklan lebih menarik melalui medium internet. Kelas di Pusat Internet Malaysia amat memberi manfaat padanya kerana telah memudahkan beliau dalam pekerjaan seharian.