mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q3 2018 – Pn Zuriyati Binti Baharudin

ssq3ii

MENJUAL MAKANAN TAMBAHAN KHUSUS WANITA DARI PRODUK JUANITA

 Nama : Zuriyati Binti Baharudin 

 Umur : 33 Tahun

 Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Zuriyati merupakan penjawat awam di Hospital Kuala Lumpur. Apabila pulang ke kampung beliau sering ke PIM Bandar Muadzam Shah menggunakan kemudahan di sana dengan mengambil peluang menambah pendapatan dengan menjalankan perniagaan kecil kecilan menjual makanan tambahan khusus untuk wanita dari produk Juanita.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum terlibat dengan PIM Puan Zuriyati telah menjual produk Juanita melalui aplikasi whats app sahaja. Beliau kurang idea dalam meluaskan promosi tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

PIM memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti. Menggunakan kaedah promosi melalui internet dengan aplikasi myshop membantu sedikit sebanyak dalam promosi dan ianya juga dilihat memberi kesan dengan penambahan permintaan sekitar Muadzam Shah. Beliau juga dibantu oleh petugas di PIM dalam urusan pembelajaran komputer khusus dalam dokumentasi.

   ssq3   ssq3i