mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q2 2018 – Pn Earnani Binti Ahmad

USAHAWAN JAHITAN PAKAIAN

 Nama : Earnani Binti Ahmad

 Umur : 36 Tahun

 Ahli : 2014

 

Latar belakang

Pn. Earnani merupakan seorang usahawan menjahit pakaian di kedai miliknya sendiri terletak di Bazar, Bandar Muadzam Shah. Beliau merupakan seorang yang gigih dalam menambah pendapatan keluarganya. Beliau juga merupakan seorang ibu kepada lima orang anak yang masih lagi bersekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum melibatkan diri dengan kursus sedia ada di Pusat Internet Pn. Earnani tidak arif dalam penggunaan komputer seperti dokumentasi termasuklah rancangan perniagaan dan surat-surat rasmi. Selain itu, beliau kurang idea dalam meluaskan promosi produk yang dimiliki.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menggunakan kaedah promosi melalui internet di Pusat Internet melalui aplikasi myshop di Dashboard Komuniti memudahkan beliau di samping menerima permintaan yang baik di sekitar Muadzam Shah. Selain dapat menambah kaedah promosi, beliau kini lebih arif dalam menghasilkan iklan, flyers serta bahan promosi lain.

Pembelajaran dokumentasi yang dipelajari memudahkan beliau mengetahui kaedah penghasilan surat rasmi dan sebagainya. Kini beliau lebih yakin dengan perusahaan yang dijalankan.