mcmc
Kesihatan

Keletihan Kronik

Keletihan Kronik — Tidur Cukup, Makan Cukup… Tapi Masih Rasa Penat? 🤯

Pernah tak rasa macam badan berat seperti takde tenaga langsung, walaupun malam tadi tidur 8 jam, sarapan lengkap, makan tengah hari berkhasiat… tapi pagi esoknya tetap bangun dengan rasa lesu, tak bermaya & otak ‘kabur’?

🔹 Itu bukan malas
🔹 Itu bukan “kurang motivasi”
🔹 Itu bukan hanya stress sementara…

Kalau keadaan ini berlanjutan lebih dari 6 bulan, ia mungkin bukan sekadar letih biasa — tetapi sesuatu yang lebih serius dikenali sebagai Sindrom Keletihan Kronik (CFS) atau Myalgic Encephalomyelitis (ME).