Tarikh : Disember 2018 Tempat : P.I.M Bandar Muadzam Shah Peserta : Pelajar Sekolah Rendah Tahap 2 |
Tujuan
Memperkenalkan Pusat Internet Malaysia sebagai tempat kemudahan komuniti tempatan mendapatkan perkhidmatan internet percuma di samping menjelaskan fungsi, kepentingan dan kebaikan pusat internet lebih-lebih lagi kepada pelajar dan seterusnya menarik minat peserta untuk bersama-sama turut serta dalam aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
Memberi pembelajaran Asas ICT Modul Sek. Rendah Tahap 2 kepada peserta terlibat agar mereka mudah memahami teknologi komputer tersebut yang dilihat penting dalam kehidupan masa kini dari aspek kepentingan dan kepenggunaannya dalam pembelajaran sebagai pelajar.
Aktiviti
Pengajaran & pembelajaran, latihan & praktikal dan sesi soal jawab.