Aktiviti fizikal dapat meningkatkan kecergasan fizikal. Selain itu ia dapat mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes, ia juga dapat membantu mengekalkan berat badan ideal dan sekaligus mencegah masalah berlebihan berat badan dan obesiti.
Aktiviti fizikal dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan mental dengan meransang hormon endorfin dalam badan iaitu hormon gembira yang membantu untuk mengurangkan rasa kemurungan dan tekanan. Contoh aktiviti fizikal yang sesuai adalah seperti berjalan, berbasikal, menaiki tangga, permainan aktif, membuat kerja rumah dan lain-lain.
Namun demikian, anda dinasihatkan agar berunding dengan pakar kesihatan dan kecergasan terlebih dahulu jika anda: Ingin kembali aktif setelah sekian lama tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal (kehidupan sedentari);
mempunyai sebarang masalah kesihatan,mengandung; dan
berumur 40 tahun ke atas.