Tarikh : 3 November 2019 Tempat : PI Bandar Muadzam Shah Peserta : 400 peserta |
Tujuan
Memberi peluang kepada komuniti mengetahui info terkini serta mempromosikan aktiviti dan program Pusat Internet. Meningkatkan kerjasama bersama agensi badan kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk kemudahan komuniti. Memberi kesedaran iaitu advokasi tentang penyalahgunaan teknologi ICT.
Mengumpulkan komuniti untuk bersama-sama mengikuti serta menjayakan program anjuran Pusat Internet Bandar Muadzam Shah.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sukaneka komuniti, pemeriksaan kesihatan, ceramah dan taklimat KWSP, advokasi klik dengan bijak, pertandingan artikel ICT, pertandingan gubahan, pertandingan mewarna bersama keluarga & E-mewarna.