Tarikh : 13 Julai 2018 Tempat : Bengkel Teknologi Motosikal GM M/Shah Peserta : Pelatih Giat Mara Muadzam Shah |
Tujuan
Memperkenalkan Pusat Internet Malaysia sebagai tempat kemudahan komuniti tempatan mendapatkan perkhidmatan internet percuma di samping menjelaskan fungsi, kepentingan dan kebaikan pusat internet lebih-lebih lagi kepada pelajar dan seterusnya menarik minat peserta untuk bersama-sama turut serta dalam aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
Menjelaskan kepada pelatih kepentingan bertindak bijak dalam penggunaan ICT seterusnya mendidik mereka lebih cakna isu isu jenayah siber seperti perkongsian maklumat palsu, ‘grooming siber, buli siber dan lain-lain.
Aktiviti
Program yang dijalankan adalah melalui taklimat kesedaran, tayangan video, sesi soal jawab bersama pelatih dan penyampaian cenderahati.