Tarikh : 25.09.2019 Tempat : Kompleks Gerontologi Nurhidayah Peserta : Pelbagai |
Tujuan
Memperkenalkan Pusat Internet Malaysia sebagai tempat kemudahan komuniti mendapatkan pelbagai khidmat antaranya perkhidmatan pembelajaran ICT, internet percuma, khidmat pemeriksaan kesihatan, khidmat pinjaman netbook, keusahawanan dan sebagainya.
Menjalankan advokasi bagi mendidik komuniti lebih cakna akan isu semasa berkaitan ICT seterusnya dapat bersama-sama mencegah dari bahaya merujuk kepada jenayah siber.
Di samping itu juga menjelaskan fungsi, kepentingan dan kebaikan pusat internet lebih-lebih lagi kepada pelajar dan seterusnya menarik minat peserta untuk bersama-sama turut serta dalam aktiviti yang dijalankan di seluruh Pusat Internet Malaysia.
Pusat Internet Malaysia mengambil peluang ini untuk turut mempromosikan MyFreeView kepada seluruh pengunjung yang hadir.
Aktiviti
Soal jawab dan perbincangan dengan peserta.
Turut diadakan penerangan ringkas berkaitan Pusat Internet, pendaftaran ahli baru, edaran maklumat perihal Pusat Internet Malaysia dan MyFreeView.
Penyampaian cenderahati.