mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK ICT Q2 2019 – Asyraaf Khairullah Bin Arshad

CCC

BELAJAR ASAS KOMPUTER DAN INTERNET 

 Nama : Asyraaf Khairullah Bin Arshad  

 Umur : 12 tahun

 Ahli : 2017

 

Latar belakang 

Asyraaf Khairullah Bin Arshad berumur 12 tahun. Beliau merupakan murid dari Sek. Keb. Bukit Ridan, Muadzam Shah. Memahami komputer sudah menjadi keperluan pada masa kini membuatkan diri beliau untuk mencuba mempelajari komputer. Beliau mengambil peluang di PI untuk mempelajari asas komputer tahap 1 peringkat rendah. Kini beliau boleh membantu rakan-rakan yang lain dengan memberi tunjuk ajar dalam penggunaan komputer dengan betul.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau menggunakan komputer dengan kaedah ‘cuba-cuba’ dan belajar sendiri namun masih juga sukar memahami dan mengaplikasi kaedah sebenar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau amat teruja setelah benar-benar mengetahui kaedah pembelajaran format MS Word untuk membuat karangan dan kerja kursus lebih kemas dan teratur kerana sebelum ini tidak pernah menggunakannya dengan kaedah sebenar.  Penulisan dan pendrafan sekali gus dilaksanakan dengan mudah setelah mendapat tunjuk ajar di PI.  Kini beliau semakin mahir.  Beliau amat mahir dalam membina video serta kaedah carian maklumat melalui internet. Kelas di Pusat Internet Malaysia amat memberi manfaat padanya kerana bukan sahaja dapat memudahkan belajar bahkan dapat memanfaatkan masa yang terluang pada hari beliau lapang.

 

      DDD