Tarikh : 02 Julai 2019 Tempat : Kompleks Gerontologi Nurhidayah Peserta : Warga Emas |
Tujuan
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan dalam penjagaan kesihatan fizikal dan mental. Pusat Internet mengambil peluang untuk bersama-sama di dalam program yang dijalankan seterusnya melaksanakan aktiviti pemeriksaan kesihatan kepada komuniti secara percuma. Di samping itu, program ini memberi peluang kepada komuniti mengetahui info terkini Pusat Internet dan seterusnya membuka peluang kepada komuniti untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan berjadual di Pusat Internet selepas ini. Program ini bukan sahaja mempromosikan kemudahan yang sedia ada di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bahkan dapat mengeratkan silaturrahim di antara Pusat Internet Malaysia, agensi terlibat dan komuniti.
Aktiviti
Advokasi kesedaran penjagaan kesihatan, pemeriksaan kesihatan [Myhealth : Dashboard Komuniti]