mcmc
Laporan Aktiviti

Advokasi & Literasi ICT : GIATMARA Muadzam Shah sesi i 2019

 Tarikh : 2, 3, 8, 9 Mei 2019 

 Tempat : PI Bandar Muadzam Shah 

 Peserta : Pelatih GIATMARA Muadzam Shah 

 

Tujuan

Memperkenalkan Pusat Internet Malaysia sebagai tempat kemudahan komuniti tempatan mendapatkan perkhidmatan internet percuma di samping menjelaskan fungsi, kepentingan dan kebaikan pusat internet lebih-lebih lagi kepada pelajar dan seterusnya menarik minat peserta untuk bersama-sama turut serta dalam aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.

Menjelaskan kepada pelatih kepentingan bertindak bijak dalam penggunaan ICT seterusnya mendidik mereka lebih cakna isu isu jenayah siber seperti perkongsian maklumat palsu, ‘grooming siber, buli siber dan lain-lain.

Pembelajaran asas ICT [MS Office],  asas media baru [internet : e-mail & medium sosial] dan resume untuk permohonan kerja. Objektif berjaya dilaksanakan kepada peserta terlibat. Program ini dilihat amat penting agar mereka mudah memahami teknologi komputer tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan masa kini dari aspek kepentingan dan kepenggunaannya.

Aktiviti

Program yang dijalankan adalah melalui taklimat kesedaran, pengajaran & pembelajaran, latihan, praktikal dan sesi soal jawab bersama pelatih.

Gambar di sini