mcmc
Laporan Aktiviti

Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet

 Tarikh : 05 April 2019 dan 09 April 2019 

 Tempat : 1. Balai Gasing Muadzam Shah

                  2. Kompleks Gerontologi Nurhidayah Muadzam Shah 

 Peserta : Pelbagai

 

Tujuan

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan dalam penjagaan kesihatan fizikal dan mental. Pusat Internet mengambil peluang  untuk bersama-sama di dalam program yang dijalankan seterusnya melaksanakan aktiviti pemeriksaan kesihatan kepada komuniti secara percuma. Di samping itu, program ini memberi peluang kepada komuniti mengetahui info terkini Pusat Internet dan seterusnya membuka peluang kepada komuniti untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan berjadual di Pusat Internet selepas ini. Program ini bukan sahaja mempromosikan kemudahan yang sedia ada di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bahkan dapat mengeratkan silaturrahim di antara Pusat Internet Malaysia, agensi terlibat dan komuniti.

Aktiviti

Advokasi kesedaran penjagaan kesihatan, pemeriksaan kesihatan [Myhealth : Dashboard Komuniti]

Gambar di sini [Program di Balai Gasing]

Gambar di sini [Program di Kompleks Gerontologi Nurhidayah]