mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK ICT Q4 2018 – Nur Alyaa Sofiya Binti Hafaizul

BELAJAR ASAS KOMPUTER DAN INTERNET 

 Nama : Nur Alyaa Sofiya Binti Hafaizul 

 Umur : 10 Tahun

 Ahli : 2017

 

Latar belakang 

Beliau merupakan seorang pelajar tahun empat (4 Aktif) dari Sek. Keb. Bukit Ridan, Muadzam Shah. Mula belajar komputer di Pusat Internet pada 2017 sehingga kini. Alya mengambil peluang untuk mengambil kelas komputer pada setiap hujung minggu bagi mengisi masanya yang lapang. Memahami komputer sudah menjadi keperluan pada masa kini membuatkan diri beliau untuk mencuba mempelajari komputer bagi kemudahan masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau hanya mengetahui penggunaan komputer secara tidak langsung kerana sering menggunakan komputer untuk melayari internet seperti membuka blog dan melihat youtube sahaja.

Tidak mengetahui secara khusus penggunaan internet bagi memudahkan urusan carian maklumat sebagaimana sering diberi kerja rumah oleh guru di sekolah selain dapat menambah pengetahuan dalam penggunaan internet dengan betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kini beliau boleh menaip dengan format yang betul dan tepat sesuai dengan peringkat umurnya yang mempelajari ict tahap satu. Selain itu, beliau boleh membuat video, membuat poster dan menggunakan kemudahan internet dengan lebih selamat.  Selain itu, Alya juga boleh menjelaskan fungsi asas komputer kepada rakan-rakan yang lain dengan lebih jelas dan betul.  Beliau juga memahami dengan baik kepenggunaan internet dengan selamat dan bijaksana lebih menguntungkan dari menyalahgunakan internet dengan cara yang salah seperti berkongsi maklumat palsu sehingga memberi kesan kepada masyarakat dan negara.