mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q3 2018 – Pn Norlela Binti Shamsudin

lela3

PERNIAGAAN KELUARGA PES OPOR DAGING/AYAM

 Nama : Norlela Binti Shamsudin 

 Umur : 51 tahun

 Ahli : 2014

 

Latar belakang

Pn Norlela merupakan penjawat awam di KEMAS Muadzam Shah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan beliau dengan PI Bandar Muadzam Shah, kaedah promosi yang dilaksanakan kebanyakkan melalui lisan ‘word of mouth‘ atau kata lain dari mulut ke mulut sahaja. Beliau amat sukar dalam membuat promosi, pencarian maklumat berkaitan kehendak pelanggan dan sukar dalam mendapat maklum balas dari pelanggan yang ingin mendapatkan produk pes opor daging/ayam perniagaan keluarga beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn Norlela diperkenalkan dengan Dashboard Komuniti (MyShop) yang membolehkan beliau berkongsi produk kepada komuniti sekitar.  Beliau amat bersyukur kerana diberi peluang dengan mendapat tunjuk ajar dari Pusat Internet dan berharap agar kemudahan yang diberikan ini berkekalan seterusnya memudahkan komuniti sepertinya untuk membuat tugas-tugas berkaitan kerja serta hal-hal berkaitan perniagaan beliau.

 

   lela4   lela2