mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Bukit Ridan Muadzam Shah

Mendaki Bukit Ridan, Muadzam Shah

 

Bagi peminat mendaki, di sini terdapat tempat yang boleh anda lakukan aktiviti riadah pendakian bersama teman dan keluarga. Bukit Ridan adalah salah satu keindahan yang terdapat di Muadzam Shah, Pahang. Terletak kira-kira 70km dari Bandar Rompin, Pahang dan 105km dari Gambang, Kuantan. Bukit Ridan boleh dikatakan sebagai tempat wajib pergi bagi mendapatkan pengalaman melihat keindahan pemandangan seluruh Bandar Muadzam Shah sama ada pemandangan di wakti pagi saat matahari terbit mahupun ketika matahari terbenam. Selain aktiviti mendaki terdapat juga laluan meredah hutan yang disediakan. Bukit Ridan menyimpan khazanah alam flora yang dijaga rapi dan amatlah sesuai kepada pencinta alam menerokai khazanah alam dan mendapat kedamaian di sini.

Rata-rata penduduk di kawasan Muadzam Shah menjadikan pendakian ke Bukit Ridan sebagai aktiviti riadah yang biasa dilakukan kerana ia merupakan aktiviti yang bukan sahaja dapat mengeratkan kekeluargaan bahkan dapat menggalakkan budaya penjagaan kesihatan dalam meningkatkan stamina tubuh, emosi dan rohani.