mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK ICT Q2 2018 – Pn Intan Liana Binti Abdul Rahman

BELAJAR MICROSOFT OFFICE DAN INTERNET

 Nama : Intan Liana Binti Abdul Rahman

 Umur : 37 Tahun

 Ahli : 2017

 

Latar belakang 

Beliau merupakan seorang surirumah dan sering ke Bandar Muadzam Shah bersama suaminya pada setiap hujung minggu atas tujuan kerja. Memandangkan sering ke Bandar Muadzam Shah, Intan Liana mengambil peluang untuk mengambil kelas komputer pada setiap hujung minggu. Memahami komputer sudah menjadi keperluan pada masa kini membuatkan diri beliau untuk mencuba mempelajari komputer bagi kemudahan masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau hanya mengetahui penggunaan komputer secara tidak langsung kerana sering menggunakan komputer untuk melayari internet seperti membuka blog untuk mendapatkan maklumat dan medium social seperti facebook.

Tidak mengetahui secara khusus penggunaan Microsoft Office (word. Power point dan excel)

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kini beliau boleh menaip surat sendiri tanpa perlu menggunakan khidmat mengupah orang lain memandangkan dahulu dirinya kurang arif dengan fungsi-fungsi di komputer. Selain itu beliau amat teruja setelah benar-benar mengetahui kaedah pembelajaran microsoft excel kerana sebelum ini tidak pernah menggunakannya. Penulisan dan pendrafan sekaligus dilaksanakan dengan mudah setelah mendapat tunjuk ajar di Pusat Internet Malaysia.