mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q1 2018 – Cik Aida Syahida Binti Musa

aida1

USAHAWAN MUDA JAHITAN PAKAIAN DAN TUDUNG REBEN

 Nama : Aida Syahida Binti Musa 

 Umur : 22 Tahun

 Ahli : 2015

Latar belakang

Cik Aida berumur 22 tahun, merupakan bekas pelatih Giat Mara Muadzam Shah dan memiliki diploma dari Politeknik dalam jurusan jahitan pakaian. Setelah habis Giat Mara beliau hadir ke Pusat Internet  bagi mendapatkan kursus asas komputer memandangkan beliau hendak menyambung pelajaran ke Politeknik setelah itu memerlukan beliau untuk celik IT dan boleh dijadikan bekalan dalam dunia perniagaan setelah tamat kursus nanti. Beliau merupakan ahli PI sejak dari tahun 2015.

Beliau mengambil peluang berada di PI dengan meminta cadangan dari petugas di sana bagaimana beliau boleh meluaskan promosinya agar dapat mewarkan penerimaan tempahan produknya sama ada secara langsung mahu pun atas talian. Kaedah aplikasi myshop di Dashboard Komuniti membantu beliau dalam mempromosikannya sekaligus menambah pendapatannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan beliau di PIM, jualan produknya hanya menggunakan medium promosi rumah ke rumah sahaja. Setelah mengetahui ada kaedah promosi di dalam aplikasi dashboard komuniti, beliau mengambil peluang mempromosikan produk beliau di dalam Whatapps juga dengan sebaiknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau telah mengikuti kelas dan latihan yang disediakan serta dibantu oleh petugas di PI seperti lampiran kemasukkan produk, promosi (iklan/template) dan sebagainya. Peluang tersebut akhirnya memberi manfaat buat dirinya sehingga kini beliau masih menggunakan khidmat PI di Muadzam Shah. Kini beliau sudah yakin dengan menggunakan medium ICT dalam proses mempromosikan produk baru dari semasa ke semasa.

 

     aida2