PENGENALAN : |
NaDi merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 NaDi rintis untuk Fasa 1, 73 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda serta 100 pusat untuk fasa 4. Fasa tambahan telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan NaDi sebagai rangkaian utama kepada setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Hasrat ini sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Sejajar dengan kepesatan perkhidmatan teknologi, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet Malaysia sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :
· e-Pembelajaran (e-Learning)
· e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Goverment)
· Pengumpulan & Pertukaran Maklumat
· Pusat Komunikasi
· Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
· Pusat peperiksaan dan persijilan.
. e-Perdagangan
OBJEKTIF PENUBUHAN : |
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
- Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NaDi
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : |
|
|
|
|
|