USAHAWAN MAKANAN JAMUAN MAJLIS RINGKAS
Nama : Asiah Binti Salleh Umur : 53 Tahun Ahli : 2015 |
Latar belakang
Puan Asiah merupakan pekerja kerajaan di Jab. Kemajuan Masyarakat KEMAS di Muadzam Shah lebih dari 30 tahun. Beliau mempunyai minat dalam masakan seterusnya membantu beliau menambah pendapatannya setiap bulan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau tidak mahir dalam urusan kerja berkaitan ICT. Hal ini menjadikan beliau amat sukar mendapatkan tempahan pelanggan setiap bulan kerana kurang promosi dan promosi sedia ada dilihat kurang berkesan.
Beliau menghadiri kursus di PI Bandar Muadzam Shah selama lapan hari menjadikan beliau celik komputer dan keusahawanan ekoran dari nasihat tenaga pengajar berkenaan keusahawanan iaitu kita boleh berniaga walaupun tanpa idea dan produk disusuli dengan minat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau mengambil peluang berada di PI dengan meminta cadangan dari pengurus di sana bagaimana beliau boleh meluaskan promosinya agar dapat mewarkan penerimaan tempahan sama ada secara langsung mahu pun atas talian. Kaedah aplikasi myshop di Dashboard Komuniti membantu beliau dalam mempromosikannya sekaligus menambah pendapatannya sekeluarga.
Sebelum melibatkan diri dalam kursus latihan di PI, beliau tidak berani menggunakan komputer kerana khuatir komputer akan rosak kerana salah tekan dan sebagainya. Selepas beliau yang mula mengikuti kelas dan latihan yang disediakan serta dibantu oleh pengurus PI seperti attachment produk, promosi dan sebagainya beliau lebih yakin dengan komputer. Terima kasih Pusat Internet Bandar Muadzam Shah.