Mari Singgah Ke Muadzam Shah
Pengenalan
Muadzam Shah merupakan kawasan rancangan kerajaan membuka penempatan bertujuan khas untuk kemajuan. Merupakan sebuah bandar yang berada di Wilayah Pahang Tenggara yang dipilih dari kawasan belantara dahulunya dan dirancang untuk dimajukan sebagai bandar terpenting di Wilayah Pahang Tenggara sehingga hari ini.
Bandar Muadzam Shah diberi nama bersempena dari simbol untuk mengabdikan jasa-jasa Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah iaitu sultan yang memerintah seluruh jajahan Negeri Pahang dari tahun 1933-1974. Melihat dari segi pembangunan Muadzam Shah, ternyata ia merupakan sebuah bandar yang cukup menarik dengan alam sekitar yang hijau bersih dan suasana bandar yang tenang dan harmoni.
Memandangkan Muadzam Shah berasal dari kawasan yang tenang dengan kehijauan tidak hairanlah jika sehingga hari ini ketenangan dan kehijauan tersebut masih boleh dirasai lagi dengan berkunjung di tempat yang masih lagi ada khazanah alam flora seperti di Bukit Ridan, Kawasan MARDI, Teh DARA, Taman rekreasi Pinggiran Pelangi dan pelbagai lagi. Keindahan yang ada di sini ditambah dengan keharmonian hidup masyarakat yang sentiasa bertoleransi dengan saling membantu lebih menambahkan nikmat keindahan yang ada di kawasan ini.
Selain dari tempat yang indah dan permai, Muadzam Shah juga ada keistimewaan dengan pelbagai pilihan makanan dari pelbagai negeri memandangkan penduduk di kawasan ini adalah asalnya dari pelbagai tempat dan negeri. Maka penduduk yang dari pelbagai tempat ini akhirnya mencantikkan lagi keharmonian Muadzam Shah itu sendiri dengan boleh mendapatkan kepelbagaian aneka makanan seterusnya menjadikan Muadzam Shah itu sebagai tempat yang tidak janggal untuk dilawati dan dikunjungi oleh penduduk lain.