Keusahawanan Manfaat Kepada Individu, Masyarakat Dan Negara
Bidang keusahawanan kini dilihat sebagai wadah terbaik kepada masyarakat Muadzam Shah dalam membentuk modal insan yang berinovasi bahkan negara kini yang semakin membangun maju menjadikannya sebagai alternatif kepada masyarakat dalam menjana pendapatan.
Potensi usahawan menjana pendapatan dapat dilihat dari kedudukan Muadzam Shah yang berada di tengah-tengah Kawasan Wilayah Pahang Tenggara serta lokasi yang strategik di persimpangan jalanraya Tun Abdul Razak dan Jalan Ibam-Rompin, ian juga merupakan antara faktor potensi masa depan bandar ini dapat dimajukan dari sokongan masyarakat tempatan. Jaraknya dari Bandar Kuantan ialah sejauh 106km, dan dari bandar Segamat, Johor ialah 96km melalui Jalanraya Tun Abdul Razak.
Melihat kepada kedudukan Muadzam Shah itu masyarakat tempatan bijak mengambil peluang dengan menceburi keusahawanan dan secara tidak langsung banyak produk yang diusahakan oleh penduduk sekitar Muadzam Shah dapat dipasarkan dengan mudah. Selain itu usahawan tempatan bukan sahaja dapat menjana pendapatan kepada mereka bahkan secara tidak langsung membuka peluang kepada anak-anak muda mendapat pekerjaan serta membina pengalaman dan ilmu dalam penambahbaikan ekonomi sosial mereka.
Antara keusahawanan yang dijalankan di Muadzam Shah adalah :
– Usahawan kerepek bawang serta pemborong dan pembekal kepada aneka kerepek
– Usahawan memproses kelapa (santan dan kerisik)
– Usahawan ayam/daging/sayur-sayuran/bahan mentah
– Usahawan makanan/minuman/khidmat katering
– Usahawan khidmat jahitan pakaian
– Usahawan khidmat cetakan
– Usahawan khidmat baikpulih kenderaan
– Usahawan khidmat pendidikan
– – dan pelbagai lagi keusahawanan boleh dilihat ada di Muadzam Shah.
Langkah bijak masyarakat menjalankan aktiviti keusahawan di kawasan Muadzam Shah amat menggalakkan dan ianya turut disokong oleh pimpinan kawasan dengan menyediakan tapak jualan dan kedai-kedai sekaligus ianya membantu dan memudahkan para usahawan meneruskan usaha mereka sehingga berjaya.