USAHAWAN KUIH MUIH DAN PENCUCI MULUT
Nama : Suliza Binti Dermawi Umur : 27 Tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Puan Suliza merupakan seorang suri rumah dan ibu kepada 2 orang anak. Merupakan anak jati Muadzam Shah serta seorang suri rumah yang gigih dalam mencari pendapatan dengan kaedah berniaga di atas talian menjual makanan seperti kuih muih dan pencuci mulut. Selain itu juga di sekitar Muadzam Shah, beliau berniaga pelbagai jenis pencuci mulut.
Beliau mengambil peluang berada di PI dengan meminta cadangan dari petugas di sana bagaimana beliau boleh meluaskan promosinya agar dapat mewarkan penerimaan tempahan produknya sama ada secara langsung mahu pun atas talian. Kaedah aplikasi myshop di Dashboard Komuniti membantu beliau dalam mempromosikannya sekaligus menambah pendapatannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan kursus sedia ada di PI Puan Suliza tidak arif dalam dokumentasi termasuklah rancangan perniagaan dan surat-surat rasmi. Selain itu, beliau kurang idea dalam meluaskan promosi produk yang dimiliki. Beliau juga tidak arif dalam menggunakan ‘online banking’.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Menggunakan kaedah promosi melalui internet di PI melalui aplikasi myshop di Dashboard PI memudahkan beliau di samping menerima permintaan yang baik di sekitar Muadzam Shah yang pada awalnya beliau hanya ‘test market’ akan produk sedia ada dan tidak menyangka selang beberapa hari sahaja beliau menerima tempahan dari pelajar UNITEN Kampus Muadzam Shah.
Selain dapat menambah kaedah promosi, beliau kini lebih arif dalam menghasilkan iklan, flyers serta bahan promosi lain. Pembelajaran dokumentasi juga turut dipelajari di PI bagi memudahkan beliau mengetahui kaedah penghasilan surat rasmi dan sebagainya.
Beliau juga arif akan penggunaan online banking yang memudahkan aktiviti pembayaran jual beli produknya disamping menjimatkan masa beliau.