mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan – Usahawan Spa Dan Salon Kecantikan

O1

USAHAWAN SPA DAN SALON KECANTIKAN

 Nama : Noorazilawati Binti Zainal 

 Umur : 37 Tahun

 Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Noorazilawati Binti Zainal berumur 37tahun dan telah lama menetap di Muadzam Shah, Pahang. Beliau telah menjalankan perniagaan Spa & Salon Kecantikan di Bandar Muadzam Shah hampir 7 tahun. Beliau berpendapat bahawa usahawan sekarang amat perlu mempelajari ICT agar memudahkan bukan sahaja dalam promosi bahkan online banking secara tidak langsung membantu menambahkan pendapatan perniagaan beliau

Beliau mengambil peluang berada di PI dengan meminta cadangan dari petugas di sana bagaimana beliau boleh meluaskan promosinya agar dapat mewarkan penerimaan tempahan produknya sama ada secara langsung mahu pun atas talian. Kaedah aplikasi myshop di Dashboard Komuniti membantu beliau dalam mempromosikannya sekaligus menambah pendapatannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan beliau di PIM, jualan produknya hanya menggunakan medium promosi rumah ke rumah sahaja. Setelah mengetahui ada kaedah promosi di dalam aplikasi dashboard komuniti, beliau mengambil peluang mempromosikan produk beliau di dalam Whatapps juga dengan sebaiknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau telah mengikuti kelas dan latihan yang disediakan serta dibantu oleh petugas di PI seperti lampiran kemasukkan produk, promosi (iklan/template) dan sebagainya. Peluang tersebut akhirnya memberi manfaat buat dirinya sehingga kini beliau masih menggunakan khidmat PI di Muadzam Shah. Kini beliau sudah yakin dengan menggunakan medium ICT dalam proses mempromosikan produk baru dari semasa ke semasa.

 

            O2