Tarikh : November 2019 Tempat : PI Bandar Muadzam Shah Peserta : 10 peserta |
Tujuan
Program ini diadakan setiap hari khamis pada setiap minggu, bertujuan untuk menggalakkan komuniti Muadzam Shah terutamanya para surirumah mempelajari kemahiran jahitan kraf kait beg serta menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan. Disamping itu juga, memperkenalkan Pusat Internet Malaysia sebagai tempat kemudahan komuniti tempatan mendapatkan perkhidmatan internet di samping menjelaskan fungsi, kepentingan dan kebaikan pusat internet dan seterusnya menarik minat peserta untuk bersama-sama turut serta dalam aktiviti yang dijalankan. Pusat Internet adalah sebagai medium perantaraan untuk komuniti mengadakan kelas keusahawanan seperti ini.
Aktiviti
Para peserta yang hadir diajar kaedah mengait beg dengan mudah, cepat dan jimat. Selain itu peserta turut diajar asas keusahawanan iaitu kaedah mengira kos dan cara untuk menjualnya di pasaran melalui pelbagai media.